NOVA BATIK › Batik Korporat
Untuk syarikat, jabatan & organisasiKain batik seragam untuk staf syarikat, jabatan kerajaan, GLC, persatuan dan organisasi — tampil seragam dan profesional pada hari berbatik, acara korporat dan majlis rasmi.

Seragam batik menunjukkan identiti Malaysia sambil menyatukan penampilan pasukan anda — di pejabat, di kaunter pelanggan, atau di acara seperti majlis makan malam tahunan, pelancaran dan sambutan hari kebangsaan.
Satino Silk — permukaan licin dan berkilau lembut, jatuh cantik dan selesa dipakai. Pilihan popular untuk penampilan berkilau dan elegan.
Sutera Dobby — tenunan bertekstur halus dengan rupa kemas dan mewah. Sesuai untuk rupa yang lebih kemas dan formal.
Lihat semua 20 corak di katalog
Tiada minimum tempahan. Anda boleh tempah mengikut keperluan sebenar — sesuai untuk sekolah kecil, jabatan, atau tempahan tambahan untuk staf baru.
Kami menawarkan harga borong terus dari pembekal. Hantar kod kain pilihan anda (contoh: D13592-1) dan anggaran kuantiti melalui WhatsApp, dan kami akan sediakan sebut harga.
Boleh. Hubungi kami di WhatsApp dan nyatakan kod kain yang anda minati. Melihat dan menyentuh kain sebenar sangat digalakkan sebelum membuat tempahan pukal.
Warna mungkin sedikit berbeza mengikut skrin telefon atau komputer anda. Untuk pastikan warna tepat, minta sampel kain sebelum menempah.
Bagitahu kod kain pilihan anda dan kami akan sediakan sebut harga.
Hubungi Kami di WhatsApp